Alhamdulillah sesi rawatan kimo pertama pada Sabtu lepas (3/12/11) berjalan dengan lancar.
Proses tersebut tidak la seteruk atau se-ngeri yang saya bayangkan. Mungkin juga ada nya chemo port yang memudahkan keseluruhan proses yang memakan masa selama 2 jam setengah.
Sebelum memulakan sesi rawatan kimo, saya terlebih dahulu berjumpa dengan Dr John. Beliau memeriksa bahagian luka pada chemo port saya. Beliau juga menenangkan saya agar saya lebih bersedia untuk menjalani kimo pertama saya.
Tepat jam 10 pagi, saya diminta untuk mengambil tempat di salah satu tempat duduk yang tersedia untuk pesakit yang akan menjalani kimo. Namun kerusi empuk tersebut tidak cukup untuk menghilangkan getar di hati.
Nurse mula menjalankan tugas. satu-satunya bahagian yang paling tidak saya gemari ialah ketika pada proses permulaan utk menusuk jarum pda chemo port!! Arghhh..
 |
| jarum khas utk chemo port |
Selepas itu, tiub2 hanya disambung pada tiub pendek yang telah disambung pada chemo port.
Bermula dengan dripping, kemudian saya diminta untuk menelan sebiji pil anti-vomit. Setengah jam selepas itu, lagi cecair anti-vomit disalurkan kepada saya melalui tiub. Setengah jam selepas itu pula, dadah kimo sebanyak 5 jarum 'gemuk' disalurkan kepada saya. Dua daripadanya berwarna merah dan tiga tanpa warna (jernih).
Kepala saya mulai berat dan perut mulai tidak selesa bila msuk jarum ke-4 dadah kimo memasuki badan saya.
Akhir sekali, saya harus menunggu selesainya 1 botol dripping dan kemudiannya proses 'flash' iaitu dengan menyalurkan sebanyak satu jarum kecil cecair tanpa warna sebelum saya dibenarkan pulang.
Ketidakselesaan pada kepala dan perut membuatkan saya tidur awal pada malam tersebut. perut seperti diserang gastrik. Sememangnya saya dibekalkan dengan ubat gastrik kerana ianya merupakan salah satu kesan sampingan dadah kimo tersebut.
 |
| Stok bekalan ubat selama 3 hari yang harus dihabiskan. Kebanyakkannya ialah ubat anti-muntah. Satu lagi ialah ubat gastrik dan yang botol itu ialah ubat kumur mulut (dry mouth) |
Selebihnya sehingga ke hari ini, saya seperti biasa saja - seperti sebelum menjalani sesi rawatan kimo. Tidak ada apa yang menyukarkan saya. Tidak ada juga sebarang ketidakselesaan yang dirasai cuma agak lesu apabila menjelang petang.
Semoga 'keselesaan' yang dirasai ini akan dirasai sepanjang sesi kimo saya. Insya-Allah..
Saya akan menjalani 16x sesi kimo. 4 sesi yang pertama setiap 3 minggu manakala selebihnya setiap minggu selama 12 minggu.
Dan seterusnya rawatan radioterapi selama 25x selama 25 hari berturut-turut!
Ya Allah.. Kau tabahkanlah dan kuatkanlah semangatku untuk melalui semua ujianMu ini ya Allah!
p/s : most of my friends who know bout my condition will surprise to see me who look really good - as if no sickness! Well, I don't think by looking sick will help, rite ppl! So, cheersss... :)